Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Bila Tuhan Menguji

10 Julai 2009

Salam..

Berabuk dah nampaknya blog gua ni. Mana taknya, tak pernah-pernah gua tinggalkan selama seminggu alih-alih dah terbiar. Mintak maaflah pada kawan-kawan gua di luar sana sebab selama seminggu ni gua bukannya malas nak cuit blog tapi sebab ada sedikit masalah yang melanda gua dan keluarga gua.

Pertamanya, gua dah bagitau yang gua mungkin akan menghilangkan diri buat seketika sebab nak siapkan artikel. Kesudahannya daripada 22 artikel yang patut gua hantar, hanya 15 yang sempat gua siapkan!!



Semuanya sebab gua sekarang sedang sibuk berjumpa dengan doktor sebab nak periksa tekanan darah. Doktor tu dah pun nyatakan tarikh-tarikh gua kena datang klinik. Kali terakhir diperiksa, tekanan darah gua berada pada paras 130/90. Sebelum tu 140/90!! Turun sikit berbanding yang lepas. Dan kebelakangan ni gua asyik pening kepala je. Tambahan lagi gua tengah demam selsema sekarang ni.

Satu lagi, anak gua pun mengalami nasib yang sama dengan gua. Masuk hari ni dah seminggu kami berdua tak sihat. Takut jugak gua kalau-kalau terkena H1N1 ke.. Huish!! Knock on wood..!! Mintak dijauhkanlah. Gua dah mintak pendapat doktor dan beliau kata mungkin kami demam biasa je. Entahlah, gua bukan doktor. Dia lagi tau banyak pasal benda ni dari gua ye tak?

Semalam, anak gua buat hal. Pukul 12 tengah malam dia terjaga dari tidur dan mengamuk tak tentu hala sambil sebut;


"Apa tu? Apa tu?"


Macam tulah ayatnya berulang-ulang. Sampailah ke pukul 2 pagi, barulah dia berhenti menjerit-jerit. Tapi pukul 4 pagi dia sambung balik menjerit sambil sebut;


"Takut.. Takut.."


Kesian bini gua. Tak sempat nak rehat. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan anak. Tambah lagi gua pulak tengah sakit. Sudahnya pagi semalam gua terpaksa ambil cuti buat kali yang ketiganya untuk menghantar anak gua berjumpa dengan orang yang arif pasal paranormal ni.



Wak tu kata yang anak gua 'ketegur'..!! Tapi bukan 'benda' dari kawasan rumah gua sebaliknya 'setan' yang datang atau mengikut kami dari luar. Dan setelah diurut, dibacakan dengan ayat-ayat suci, dimandikan dengan mandian kunyit yang telah dijampi bersama air dari masjid kat tempat gua, barulah anak gua kembali ketawa dan sambung balik keletahnya.

Gua sebenarnya cukup susah nak percaya benda-benda mistik ni biarpun gua sendiri suka menulis cerita tentang perkara mistik. Pelik kan? Orang yang suka reka cerita seram tapi tak percaya dengan cerita seram. Macam kelakar badut je bunyinya!! Tapi macam mana sekalipun gua tetap percaya akan wujudnya makhluk selain manusia seperti yang telah disebut di dalam al-kitab.

Hmm.. leceh betullah menatang hantu ni. Kacau anak gua pulak buat apa ye tak? Pergilah kacau dodol ke, kacau burung-burung berkicau ke, hapa ke..!!

Mungkin Tuhan sedang menguji gua. Tapi masalahnya gua ni bedebah sikit perangainya. Tak sabar dan kurang tahan dengan ujian. Taunya nak hidup tenang je tanpa ada masalah. Cacing pita pun ada masalah jugak. Mana ada makhluk yang tak ada masalah dalam hidup. Gua tengah marah diri-sendiri nih!! Jenglot betul laa gua..

16 saluran minda:

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar 2009 Julai 10 11:57  

huhuhu...
kesian daku..
hari ni bijik mataku da gatal2..
idung pon dah gatal n selsema..
kepala otak dah naik pening..hihi..
keje kt opis lak tak putus2..
harap2 ujung tahun dapat ler saguhati dari boshhhh!!!

alidyangon 2009 Julai 10 12:30  

Bro Yus and Sis Fieza

Syukur anda berdua dan si comel tu selamat dari Kuman H1H1@ Selsema Babi..

Saya doakan (hari hari aku baca doa, nama hang masuk sekali tau...) incik sentiasa sihat wal afiat, dapat berkarya dengan baik serta beramal untuk kahirat... renung renung kan dan selamat beramal...

Ketegur tu pun pernah gak aku tengok, tapi orang dewasa.

Elok je anak india tu kejap cakap Jawa, kejap cakap Banjar, kejap lagi dia cakap Cina

Lepas tu kena sembur dengan Iman (merangkap bilal merangkap tok siak merangkap tokey warung merangkap orang kampung aku )

Langsung dia tak cakap apa apa dah

Nota: Aku pun tak percaya gak tu Yus, cuma sekali aku kena dalam tahun 2001 on the way nak ke Johor Bahru malam malam, hantu race dengan aku kat sebelah kereta dengan kelajuan 140KM/jam...

Entah iye entah tidak, tak tau lah, kalau bohong cerita tu, maka 'bohong' lah aku...

Tapi memang aku sendiri yang nampak 'lembaga' tu kat sebelah kereta buruk aku tu...

Betul wak'e, bukan Lembaga Peperiksaan atau Lembaga Letrik Negara tau...

Sekian Temberang saya kali ini...

he he he he

cerpelai 2009 Julai 10 16:52  

Bini gua:-
Betul tu.. Buleh belanja gua makan chicken chop, lamb chop, cop mohor, cop syarikat, Beverly Hills Cop, Robocop,suma-suma cop laa..

Bro Alid:-
Tang cakap bahasa macam-macam tu gua tak tau pulak tapi bertukar-tukar suara tu memang gua pernah tengok depan mata masa makcik gua kena rasuk dulu.. Kejap suara lelaki, kejap suara mak lampir, kejap karang suara belalang juta, suara jiran gua tengah berak pun ada jugak!!

Betul bro.. Tak caya tanya gua laa..

Rose Harissa (NORA) 2009 Julai 10 19:27  

ko sebenarnya sedang tertekan kerana artikel tak siap... hahaha (gelak bergema dari dalam gua)

Dj Epoi 2009 Julai 11 11:48  

Salam.....buat Tuan Cerpelai & Fieza....

Moga Luorang berdua terus berusaha !!

Memang Gua sendirik ponk AKUI yang benda2 pelik nih....walauponk dengan anak mata Gua sendirik tak pernah terjumpa....

Cuma kalau tak keberatan....bila senang datang jumpa Gua.....
Gua nak kasikkan Air Zam2 yang Ayahnda & Ibunda bawa pulang dari mengerjakan Umrah tempohhari...

Mudah2an air dari Tanah suci itu dapat memabantu..

Buat berdua...take care arrrr....
Gua sentiasa support koworang berdua yg terawal mwngajar Gua berblogging......

Nih Num Gua
Dj Epoi Walaweiiiiii
013 207-8787

Take Care!!

pu3 balqis 2009 Julai 11 15:00  

alhamdulillah takdak H1N1 tuh..
insyAllah, setiap ujian ada hikmah, bertambah ujian, bertambah pahala..
;)

moga kuat dan tabah..
apa yang penting.. jgn tgalkan blog da la.. keep on blogging ya..

miji 2009 Julai 12 13:26  

blah lah tipu jer...

cite zaman kanak2 pun banyak dah modifiet, part kau kena belasah dgn kayu beluti tu aku ingat lagi lah, memang sadis, sape suruh kau malas main badminton lagi.... hahahaha

tapi aku tak sangka plak kau rajin menulis yee abg long ku...

jgn mare... hahahahaha

cerpelai 2009 Julai 13 10:05  

Sis Nora:-
Cett.. Dia buleh gelakkan gua la pulakkk..!!

Bro Epoi:-
Salam bro..
Mekasih ye bro.. Memang laa brader ni blogger paling prihatin yang pernah gua jumpa.. InsyaAllah gua akan datang jumpa bro bila ada kelapangan.. Buat masa sekarang ni gua sibuk melampau sikit..

Mekasih lagi sekali bro..

Pu3:-
Kehkehkeh.. Mekasih gak buat che'gu.. Gua takdenya nak stop blogging de.. Selagi gua nak menulis, selagi tu laa gua menulis dalam blog ni..

Miji:-
Woii.. Ketumbit punya budak.. Pegi Cheras laa woii main karom.. Gua tulis apa yang betul je.. Gua lipat pelipat perut tu nak?

P/S: Err.. Pada sesiapa yang pernah baca "Ini Aku, Ini Cerita Aku", budak kat atas ni adalah adik gua yang pernah gua ceritakan di dalam cerita tu.. Jangan risau, memang kitorang jahanam sikit perangai memasing..

alidyangon 2009 Julai 13 10:33  

Bro Yus

EH kita sama sama anak sulong la...


'Iye la tu Lid...." he he he he he

Minta tolong tengok blog aku kalau ada masa, aku kutuk hang memang tahap... eks krefemes jatuh lantai bocor punya wak'e... he he he he

cerpelai 2009 Julai 13 13:10  

Kehkehkeh..
Dah tengok dah pun..
Mekasih ye bro.. Rasa cam artis pulak..

echah_syed 2009 Julai 13 13:53  

dulu anak bujang combi pun pernah kena sbb asik mcm org takut jek.masa tu umo dia 4 tahun.combi tak perasan tp ade sorang nyonya ni kebetulan dia yg ckp .. kami berselisih dipasar dan combi mmg tak kenal dia.tetiba dia dtg dekat combi dan ckp pasal keteguran ni.

yg heran tu dia ckp mayb combi bawa anak combi lalu kat bwh pokok besar dpn masjid.mmg betul sbb combi mmg lalu sana sbb rumah kwn combi disana.uishh mcmane dia bole tahu ekk.saspen!

combi bawa anak combi jupe org yg mmg pandai bab ni pastu alhamdulilah semua selesai.kalo nak pasti kita keteguran pegang blkg telinga dan kalo rase sejuk mmg ade ler tu.

smpi hari ni combi tatau sape nyonya tu.

takecare bro :)

cerpelai 2009 Julai 13 14:09  

Nyonya?

Memang macam tu laa sis.. Cerita sis ni memang selalu kedengaran di merata-rata tempat.. Dulu gua suka baca MASTIKA jadi banyaklah cerita pasal benda ni yang gua dapat tau..

Takut jugak bebudak ni.. Maklumlah, anak sendiri.. Sapa tak risau kan?

Mekasih sis..

Rose Harissa (NORA) 2009 Julai 13 19:32  

hahahha... saje bagi ko tensen...

pasal anak ko tu leks aaa... budak kecik mmg cemtu...
like my son said, "Mama tau tak, mata Ayik ni kalau dalam gelap boleh nampak macam-macam..."

dulu2 cemas gak cam ko... yelah, anak sendiri katakan... last2 tumpang bangga jela, kut2 nanti dia boleh ganti Jensen Ackles berlakon dalam Supernatural ke... keh keh keh...

cerpelai 2009 Julai 14 11:57  

Hoh?
Drama feveret gua tu sis..!!
Tapi dah tak ditayangkan lagi kat sini..

Kalo anak gua nampak tu dia diam takpe.. Ini dia bantai melalak sampai terkejang-kejang badan.. Risau gua sis..!! Dah laa gua ni tak boleh dengar budak menangis.. Boleh jadi gila gua dibuatnya..

ai 2009 Julai 15 16:37  

Kau sama la ngan aku (bukan jantina!)
aku pon suke giler tgk criter seram tp tak bape nk caye sangat. Tp aku tau 'benda' tu mmg ada..huhuhu

cerpelai 2009 Julai 17 10:28  

Yang tu gua setuju..
Memang sis dengan gua tak sama jantina..
Hahahahaa..!!

Mengenai Blog ini

Blog ini menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penulisan. Mengenengahkan idea serta pendapat pemilik blog untuk dikongsi bersama pembaca serta rakan-rakan yang lain.

Ianya tercetus dari ilham pemilik untuk menyalurkan idea ke dalam bentuk cerpen dan juga artikel. Blog ini juga menggunakan bahasa pasar dan untuk remaja berumur di bawah 13 tahun, bimbingan dari yang lebih berpengalaman adalah dinasihatkan supaya tidak timbul sebarang spekulasi buruk.

Yang elok jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Mini Compo Bapak Gua!

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP