Tak Tercapai Otak Kau
18 Julai 2009
Kata-kata dari member gua suatu waktu dahulu;
"Dalam dunia ni ada macam-macam benda yang kelakar tapi benar.."
Petikan dari sebuah buku yang gua baca sedikit masa dahulu;
'Reality maybe far stranger than fiction..'
Secalit dari perbincangan antara kawan-kawan maya gua dahulu;
"Emosi manusia adalah sesuatu yang paling sukar difahami walaupun untuk manusia itu sendiri.."
Baru-baru ni gua bersemuka dengan satu fenomena pelik dan kelakar yang membabitkan emosi seorang manusia atau dalam bahasa saintifiknya homosapien. Kalau nak diikutkan fenomena ni takdelah jarang sangat berlaku sebab perkara ni dah terjadi hampir setiap hari sejak azali lagi. Gua pun cukup biasa mendengar benda-benda macam ni. Cuma gua agak terkejut bilamana ianya berlaku pada tempat yang tidak sepatutnya.
Di dalam opis gua ni, ada ramai manusia-manusia yang cukup berkaliber yang gua lihat punya 'aura' dan 'seri'nya sendiri. Ramai diantaranya yang gua lihat mempunyai perangai yang sangat matang biarpun usia mereka lebih muda dari gua. Yang lebih tua dari gua tu tak payah tanyalah. Mestilah lagi matang dan berfikiran luas dari ye tak?
Gua ada satu tabiat yang suka gua amalkan sejak dari kecik lagi. Gua cukup suka 'memerhati'. Maksud gua, gua suka melihat tingkah-laku manusia lain yang lalu-lalang di depan mata gua dan bukannya mata gua ni suka tengok awek. Gua gemar memerhatikan gelagat manusia lain dan mengekstradisikannya ke dalam minda gua supaya gua boleh menafsirkan apa sebenarnya tabiat dan perangai manusia itu.

Si F, seorang wanita berumur lewat 20-an yang berdikari dan sudahpun menjawat jawatan yang besar di opis gua. Si H, seorang lelaki yang kelakar tapi cukup bijak dalam hal pemasaran antarabangsa dan si A, seorang wanita awal 20-an yang cantik bergaya tetapi sedikit keanak-anakan. Cuma ada satu je persamaan anatara ketiga-tiga manusia yang gua sebutkan tadi iaitu ketiga-tiga mereka masih belum berkahwin dan berkerja di department yang sama.
Satu hari gua dapat tau yang si F sedang bermasam muka dengan si H dan si A. Mulanya gua malas nak ambik tau sangat. Masalah gua sendiri pun tak berapa nak selesai lagi, takkan gua nak campur masalah orang lain pulak!! Lagi peninglah kepala gua nanti.

Tapi satu hari masalah diorang tu berlarutan sehingga menjejaskan kerja orang lain. Membabitkan tentang pembayaran cek yang sepatutnya gua buat secepat mungkin pada pelanggan syarikat gua. Bila kerja gua terganggu, gua terpaksalah turun padang sebab nak tau masalah sebenarnya. Rupanya cek bernilai ribuan ringgit yang gua tunggu tu hilang entah ke mana. Merabanlah gua dibuatnya.
Bila diperiksa dengan lebih teliti, rupa-rupanya cek tu berada dalam keadaan tersorok di dalam laci meja si F yang pada waktu itu sudahpun berada di dalam kapal terbang untuk ke Malaysia Timur atas urusan pemasaran. Yang memeriksanya ialah si H yang juga merangkap anak kepada CEO syarikat. Siap cakap dengan gua, jangan beritahu sesiapa tentang hal beliau menggeledah laci si F. Takut nanti terkena balik katanya. Si F ni memang ada kepakaran dalam berbahas sebab dia juga cukup handal dalam bidang perundangan.
Gua peduli hapa? Janji gua nak cek gua itu je. Dan bila perkara tu dibawa ke pengetahuan pihak pengurusan, makin melaratlah cerita tentang permusuhan antara ketiga-tiga mereka membuatkan gua menggaru-garu kepala sendiri. Masalah apa sangatlah sampai satu opis boleh tau cerita diorang ni? Ni mesti gaduh tahap intelek punyalah!! Tak tercapai akal gua punyalah!!
Akhirnya sebagai memenuhi tuntutan rasa ingin tahu gua, gua pun berjumpa dengan penyambut tetamu opis gua sebab beliau ni memang tau banyak cerita. Kehkehkeh!! Gua pun bertanya pada beliau tentang permusuhan ketiga-tiga orang penting pemasaran tu dan apa sebabnya. Nak tahu apa dia cakap?
"Kau ingat tak nasi lemak yang si F bawak hari tu? Alaa.. yang dia ajak kau makan sekali hari tu.. Haa!! Sebelum tu dia ajak si H dengan si A makan makanan yang dia bawak tu tapi diorang berdua tak nak sebab dah makan.. Si F ni pulak datang kerja pukul 10 pagi.. Dah tentulah diorang dah makan..
Si F ni merajuk sebab diorang dua orang tak nak makan apa yang dia bawakkan untuk diorang.. Start daripada hari tu laa diorang masam muka!!"
Cerita habis di situ. Gua menunggu dengan penuh debaran sebab nak tau cerita selanjutnya tapi penyambut tetamu opis gua tu kata;
"Itulah ceritanya.. Kau nak tau apa lagi?"

Aduhh!! Pasal itu je ke? Mati-mati laa gua ingatkan gaduh pasal bursa saham merundum ke, pasaran interglobal susut teruk ke, hapa ke.. Rupanya merajuk sebab tak makan nasi lemak!! Dah macam budak kecik gua tengok masing-masing. Tiga-tiga umur dah lepas 20 tahun tapi pasal benda kecik macam ni pun boleh jadi isu.
Nampaknya gua dah nampak salah satu dari muka sebenar diorang di sebalik topeng intelek yang diorang pakai. Penilaian gua terhadap orang lain bukannya salah tapi terkurang isinya. Memang tak tercapai akal gua!!




20 saluran minda:
gaduh sebab nasi lemak jer
mcm bdk2..
huhu
Mungkin si F dah hidang nasik lemak tu atas pinggan emas & telah di'sua'kan pada muke2 mereka tu. Bile ditolak pelawaan, merajuklah hati!
Wahahaha kite mmg suke me'rasionalised' situasi2...wpon situasi cite ni mmg tak RASIONAL langsung.
Banyak je kite tgk org merajuk tak bertempat...
ha56...
owh.. sal nasik lemak upanya..
la.. bg kat pu3 pon tak pa nasik lemak tuh..
pe lak sampai ley gadoh2 pa semua nih..
lawak betul la...
macam2..
tak tercapai akal la sgt..
;D
Lea:-
Tau takpe sis..
Azza:-
Kehkehkeh.. Mungkin jugak laa.. Kalo tak takkan merajuk meraban tak tentu hala ye tak? Kira ni macam bagi alasan kat diorang laa ye? Hahaha..
Pu3:-
Macam tu la dianya sis.. Gua sendiri pun tak paham perangai diorang ni.. Nasib baik laa gua ni kuli je kalo tak.. Dah lama gua ajak diorang lumba lari dalam kilang guni.. Eh? Macam takde kene-mengena je? Kehkehkeh..
hahaha...
ragam manusia... pelik2.
maybe mase tuh tgh PMS kott.. heheh..
hihi,,tak terduga saya,,hikss
enCerpelai..saya rasa kan,,semalam saya nampak azie ngan oakwe dia tau,dorang tgk manu lawan msia..
masa tu tgh tgu train erl,,ingat nak tegur..tp malu lak de kawan2 dia sekali..tp saya kompom azie,,badan dia berisi kan..
hahaha, kenapala slalu receptionist juga jadi tempat mengorek rahsia..
sekali gaduh pasal tak makan nasi lemak laa... apa punye pe'eh la si F tu, meh la sini saya makankan bagi pihak deorang, settle.
dah toksah gaduh2, suh depa berdamai. x baik gadoh2 tau.. dah la satu department.. x best, dtg kerja mesti mau happy baru kerja jalan lancar.. kan?kan?kan?
ek elehhhhhhhhhhhhh...
pasal nasi lemak je ke???
tak kose acik nk layan..
kahkah
Sis Jane:-
Tak tau laa sis.. Takkan gua nak pegi check pulak? Tak pasal-pasal gua masuk penjara pulak karang.. Edehh..!!
Helena:-
Memang dia laa tu Chah.. Dia siap tunjuk tiket sebelum tu dengan gua.. Dia nampak berisi?
Hahahahahahaaa..
Ida:-
Ha'ah.. Kan..!!
Kehkehkeh..
Kalo sis tolong makankan bukannya nak bagi setel masalah.. Lagi tambah masalah ada laa pasal habis licin nasi diorang sis bedal.. Hahahaha..
Bini gua:-
Takyah layan pun takpe.. Baik lagi pegi main mahjong dengan beruk.. Lagi baguih dok ada..
Aku rasa minah berdua tu minat kat Mamat tu lah cer, tu yg ada yg rasa jelous..apa2 pun ko ambik lah satu wat bini angkat...keh..keh..keh..aduh..aduh..fiza baling aku dgn bola golf...
pasal taik pun mau gado.. hehehe
muahahaa...nasik lemak pun
boley jadi hal ke???
gilossss...
sis teja,
bini angkat?????
boleh2...
kalau pompuan itu mau kasi saya RM200juta, kete mewah sebijik, rumah banglo cam dato k tu sebijik dilengkapi perabot2 mewah dan orang gaji 10 orang...
ada bran???
kehkehkeh...
Amboi besornya pemintaan ngko ya...kalau cam gini kalah puteri gunung ledang...payung emas tak nak ke????hehehehe...
sis teja,
sis nak ke payung emas??
hihihi...
tak nakkkk ler...
daku tak setabah dan tak sekuat siti khadijah...
salam sohabat, saje lawat bro setelah melantak karipap sadin di kantin sekolah ku ini
Sis Teja:-
Hahahaa..
Bini angkat? Yang sorang ni pun sampai kena darah tinggi gua dibuatnya.. Inikan pulak nak tambah lagi satu.. Lepak kubur terus agaknya..!! Kehkehkeh..
Miji:-
Wak lu!!
Acu:-
Tu la dia Cu.. Gua sendiri pun tak paham daa..
Sis Teja & Bini Gua:-
Wahhh.. Dah macam forum pulak ruangan komen nih dibuatnya..
Bro Fly:-
Salam ya taulan..
Gua pun baru lepas mencekik karipap kecik bebudak opis gua ni.. Mini Karipopers nama dia..!!
penatla mataku membaca. rupa2nye kisah nasi lemak?
kalaula nasi lemak tu homosapien gak, tak taula apa perasaan dia. gembira atau bersalah.
kesian nasi lemak... patutnya en cerpelai... awak habiskn aje nasi lemak tuh... xyah lah budak2 bwh umur tu bergaduh...
belajar tinggi-tinggi, pegang jawatan besar-besar pn perangai cm budak sekolah tadika... TAK NAK KAWAN!!! hehehe....
Asilahmuhajer:-
Nasi lemak tu homosapien?
Jadi laa 'NASI LEMAK MAN..!!'
Easza:-
Gua tak nak habiskan sebab gua ni malu-malu ketiak sikit sis..
Gua kena jugak laa kawan pasal diorang ni kelakar jugak.. Kalo takde diorang kira cam kubur je perasaan gua kat opis nih..
Catat Ulasan