Siri Bercakap Dengan Setan - Siri 7 (Berdialog Bersama Drakula)
03 November 2009

Suasana pejabat yang terlalu mirip kawasan kubur membuatkan tahap bosan gua mencapai kemuncak. Walaupun dalam pejabat gua tu dipenuhi oleh perempuan-perempuan berkain singkat belah tepi tayang peha, perasaan tepu gua memang langsung gua tak boleh nak elak. Gua pun mengambil keputusan untuk turun ke bawah dan menghirup udara tulen dan bukannya udara sejuk buatan manusia.
Bila dah sampai ke bahagian luar pejabat, terasa lega sangat dapat melihat panorama kereta-kereta, lori-lori, motor-motor dan bajak-bajak yang bersusun atas jalan kat depan mata. Bau-bau karbon monoksida dengan segera menyelinap masuk ke dalam lubang hidung gua yang terang-terang langsung tak hensem macam lubang hidung Brad Pitt atau sekurang-kurangnya lubang hidung artis lelaki idola tempatan.
Dan sebagai menambah keceriaan suasana, gua mula pasang rokok yang semakin terkenal dek kerana harga-harga rokok kategori hensem yang berharga lebih kurang sama dengan harga dua pinggan nasi ayam siap air sirap bandung sekali. Barulah namanya manusia ye tak? Manusia je yang pandai merokok. Ada pernah nampak ke cengkerik merokok? Ada?
Tiba-tiba gua terdengar derap kaki yang laju menuruni tangga. Muncul satu lelaki dengan helmet di kepala. Punyalah rajin pakai helmet sampaikan dalam pejabat pun pakai helmet. Agaknya dia takut nanti tak sempat nak hantar sos cili pada maknya macam dalam iklan tv tu kot?
"Ada rokok bro?" tanyanya pada gua dengan ramah.
Gua keluarkan kotak dan beri pada lelaki tu. Cepat-cepat dia ambik. Entah apa yang nak dikejarnya entah, gua pun tak tau. Kemudian lelaki tu terus garu-garu kepala sambil buang kotak rokok gua ke tengah jalan. Gua memang dah tau dia mesti buat macam tu. Pasal dalam kotak tu dah tak ada rokok sebenarnya. Jahanam betul perangai gua kan?
"Sorilah bro! Gua ingat ada lagi. Rupanya dah habis!" ucap gua. Lakonan gua memang kelasss!! Tak sia-sia cikgu Ramlah jadi cikgu kelas gua dulu.
"Takpe."
"Banyak lagi tempat bro?" tanya gua.
"Ni yang last. Lepas ni kena balik opis pulak nak hantar parcel," balasnya sambil menunjukkan sebuah kotak kecik pada gua.
Terkebil-kebil gua membaca tulisan-tulisan yang ada dekat kertas atas kotak tu. Banyak sangat bahasa Mat Salleh. Tak taulah pulak gua Mat Salleh tu tau ke tidak cakap bahasa Mat Salleh. Kenapa tak cakap bahasa Mat Sentul ke, mat despatch ke, mat gian ke. Orang putih punya susu, Salleh jugak dapat nama.
"Payah gua nak membacanya ni! Dekat opis bro ramai orang putih ke? Langsung tak ada tulisan melayu ni?" gua bertanya dengan muka berkerut.
"Semua melayu bro! Adalah sorang dua cina kat bahagian akaun. Standardlah tu bro! Nak maju, kena pandai cakap orang putih. Orang melayu kita ni pemalas sangat belajar bahasa luar," balasnya dengan gaya James Bond letak pistol kat dada.
"Jepun tu pun maju jugak. Tapi perdana menteri diorang sendiri tak tau cakap orang putih. Sudahnya orang putih sendiri terkinja-kinja belajar bahasa diorang, ikut resam diorang, puja kartun-kartun diorang. Mantan PM pun usulkan dasar pandang ke timur dulu. Bukannya masalah bahasa bro, ini masalah nak maju ke tidak," ucap gua panjang lebar dengan gaya pendekar cucuk keris kat perut pulak.
"Ada ke kita amalkan dasar pandang ke timur tu? Saluran tv gomen cakap apa? Saluran 'infotaimen' anda. Pembentangan belanjawan kat tv kata apa? 'Bajet' 2010! Ada dia kata 'saluran maklumat anda'? Ada dia kata 'Belanjawan 2010'? Diorang sendiri cakap orang putih bro. Jepun tu jahat! Kita jangan ikut stail diorang. Kita ikut stail orang putih pasal diorang baik. Arwah atuk gua yang cakap macam tu," ujarnya lagi sebagai mengakhiri sesi perbincangan kami.
Masa tu gua tak boleh nak bidas langsung kata-katanya. Gua cuma berharap yang gua mempunyai kebolehan untuk menyamar sebagai bumbung je...













